Pengalaman: HPV Vaccine Injection

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kalau ada yang belum tahu, HPV tuu adalah Human Papillomavirus.  HPV ni penyebab utama kanser serviks yang disebarkan melalui hubungan seks.

Jadi, pada khamis yang lepas, Emy ajak p inject vaksin HPV ni. Untuk batch 1993 je. Disebabkan masa tuu class habis awal. So, dapatlah aku join. Dengarnya kalau kat luar, kena RM600++ jugak. Tapi yang ni, secara PERCUMA okay.
Hari tuu dorang buat untuk Dos 1 dan kedua. Tapi dorang dahulukan dos Kedua dulu. Jadi nak taknak kena lah tunggu dulu kan.

kawan Emy, me and Emy. - Sebelum kena Inject

Jam 9lebih masuk dewan, dalam jam 10 macam tuu baru dorang buat untuk dos pertama. Tak adalah lama mana pun. Sebelum tuu aku ada tanya dekat nurse baju putih, kalau flu+batuk boleh inject tak. Tapi, nurse baju putih suruh gitau dekat nurse baju pink. Then sampai ja giliran, aku pun bagitau lah flu+batuk. Nurse baju pink cakap okay je, boleh je inject. Tak sampai 5 minit pun dorang inject.


Selepas kena Inject

Dah lepas dia inject tuu, mana ada rasa apa pun, macam inject yang lain like Rubella macam tuu. Lenguh sikit ja. But, u know what? Bila jam makin bertambah, lenguh tuu pun makin bertambah. Dan setelah 6-8jam berlalu, aku demam. Ya, DEMAM.

Aku tak tahu lahh ada kaitan dengan batuk-flu atau disebabkan injection tuu. Tapi aku andaikan disebabkan aku dah tak sihat sebelum tuu. Memanglah aku dah batuk+flu dan ada rasa nak demam sebelum tuu. Jadi, bila dah kena inject dan badan aku kurang sihat, maka terjadilah demam.

Demam tuu tak lama, lepas minum panadol soluble, dah okay. Tapi lenguh tuu still terasa lah even dah 48jam berlalu.

But, fikir-fikir balik, 48jam tuu apalah sangat jika untuk kesihatan, right? Jadi, bagi yang belum melakukan Suntikan Vaksinasi HPV ni, jangan takut-takut untuk suntik. Kita tak rasa kesannya sekarang, tapi Inshaallah kita akan rasa bersyukur untuk 10tahun akan datang.

Injection(Dos Kedua) seterusnya, 17January2013 pulak. Dan yang Ketiga adalah dalam tempoh 6bulan selepas dos pertama.Di bawah ni aku sediakan sedikit Info tentang Program Vaksinasi HPV untuk Wanita yang aku snap dari pamphlet yang aku dapat.










Untuk keterangan lanjut:
Hubungi Klinik Nur Sejahtera LPPKN(Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara) atau Pusat Kesihatan IPTA anda.

Talian NUR: 15999
www.lppkn.gov.my



P/S: Ohh, lupa nak bagitau. Staf/nurse yang terlibat dalam program ni, layanan yang dorang berikan terhadap kami sangat memuaskan . Siapa yang dapat habiskan 3 dos, katanya akan diberikan hadiah. Exceli suntikan ni pun satu hadiah. Hadiah yang tak nampak sekarang but one day. Inshaallah.




 
edit and design by amalina athman.Copyright © 2010-2017 Nur Amalina Athman. All Rights Reserved. ® .