SUMBANGAN KEPADA AMAN PALESTIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika ingin melakukan sumbangan dari segi kewangan, bolehlah disalurkan ke account yang tertera dalam gambar di atas. Untuk maklumat lanjut boleh ke facebook page atau website Aman Palestin:





Related Post:
BE GRATEFUL






BE GRATEFUL

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


[ Depan rumah. Me ♥ this picture. Greatness of Allah. ]

Bersyukurlah masih punya negara yang aman. Mungkin ada dari satu sudut yang kurang aman di negara ini, hentikan cara tersebut, bersatu dan bersyukur. Nenek moyang dah berjuang habis-habisan untuk keamanan negara ni.

Tugas kita cuma terus menjaga keamanan tuu saja. Bukanlah susah mana jika saling perbetulkan, bersatu dan paling penting hati sila jangan nampak $$ saja. Sebab bila hati dah nampak benda tuu, benda penting bukan lagi menjadi benda penting. Dan jangan saling memburukkan, itu memang akan jadi susah.

Fikirlah dan bezakan keadaan di Gaza dan Malaysia. Kemudian, InShaaAllah kita akan rasa lebih bersyukur.

Sama-sama lah kita doakan saudara-saudara kita di Gaza. Allah Maha Berkuasa. Apalah sangat kehebatan senjata yang digunakan Zionis, berbanding kehebatan doa orang Mukmin. Wallahualam..

“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”

“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

Sambung baca disini  : http://genta-rasa.com/mari-demonstrasi-hari-hari/





 
edit and design by amalina athman.Copyright © 2010-2017 Nur Amalina Athman. All Rights Reserved. ® .