REVIEW SUAMI AKU USTAZ

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

SUAMI AKU USTAZ
PENULIS: HANNAH DHANIYAH
PENERBIT: KARYASENI
M/S: 583

Baru saja lepas baca novel ni. Mesti ada yang nak tau best ke novel ni? Jom ikut review dari saya.

Gadis seawal 17tahun dah disuruh berkahwin. Alasannya sebab mak dan ayah Alisa nak ke Mekah.
Mungkin masa tu pembaca lain termasuk saya akan protes kenapa lepaskan dia awal sangat. SPM pun belum, sekurang-kurangnya tunggu laa Alisa habis SPM dulu kan.

Tapi, lepas tuu rasa lega. Sebabnya kalau saya jadi mak ayah Alisa pun takkan rasa menyesal lepaskan anak mereka kepada orang yang dah mereka tahu hati budinya.

Ceritanya pun menarik, sebagai seorang Ustaz, mestilah banyak bercerita tentang agama kan. Jadi, novel ni banyak input islamik yang boleh kita jadikan panduan dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim.Walaupun banyak input islamik, jangan risau kerana penulis masih menyelitkan unsur-unsur romantik.

Kalau rasa nak disayangi, kita kejarlah cinta Allah terlebih dulu kerana Allah yang memegang hati hamba-hamba-Nya untuk mencintai kita- Suami Aku Ustaz

Seperti yang penulis coretkan pada novel tersebut, usia tidak menjadi halangan untuk bernikah asalkan umur sudah mencapai had yang sudah ditetapkan dalam Islam. Alisa yang pada mulanya seorang remaja yang sedikit nakal (tapi tidaklah melebihi batas agama), degil, suka keluar malam. Bila berkahwin dengan abang sepupunya a.k.a ustaz yang mengajar di kelasnya, Hafiz, terus berubah menjadi sebaliknya.

Itu menunjukkan, iman itu penting dalam diri seseorang, dan menunjukkan bagaimana tugas suami yang sepatutnya. Walaupun pada mulanya terpaksa, bila kita fikirkan apa tujuan asal kita, lama kelamaan ia akan menjadi ikhlas.

Endingnya berakhir dengan kegembiraan,tapi saya lebih suka jika penulis habiskan cerita ni dengan sedikit khabar tentang Afrina atau mungkin juga Afrina berkahwin dengan Paan.

Tidak rugi jika kamu ingin memiliki novel ni. Novel yang penuh iktibar, pengajaran, dan sedikit sebanyak dapat memotivasikan diri kita.Cuma yang kurangnya, saya rasa sedikit terganggu dengan beberapa halaman di depan dan tengah yang rosak/mudah tertanggal. Saya harap KaryaSeni ambik perhatian terhadap isu ini. Kualiti yang bagus akan memuaskan para pembaca.Mungkin selepas ini KaryaSeni perlu menjahit(saya tak pasti nak panggil apa, yang saya tahu, novel yang dijahit dengan benang, jahit laa kot).

Saya beri 4.5/5 untuk novel ini.





5 meninggalkan komen:

ஜ miss klanika ஜ said...

tajuk nya pon sudah islamik. harap isi dalam pon begitu

Qaseh dalia adelia said...

tahu tak ! qaseh pergi cr buku ni dekat mph alamanda xde pun .. warghh

nur amalina athman said...

@Qaseh dalia adelia hehe, cari lagi dan lagi smpai jumpa..:D

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

assalamualaikum =)
novel tu sis penah nmpk tp tak tergerak nak beli.takut tak best.hihihi~

EzzatiEnterprise said...

ingat novel saye je yg rosak. awak punya pon same. Hari tu dah hantar kedai suruh betul kan. Tapi still tak betol sgt. ;'D

 
edit and design by amalina athman.Copyright © 2010-2017 Nur Amalina Athman. All Rights Reserved. ® .